Surprise Me!

Ulasan 'luar biasa' pengulas bola sepak Indonesia tular

2017-11-08 5,444 Dailymotion

Buat peminat bola sepak yang sering menonton perlawanan bola sepak secara langsung di kaca televisyen pasti akan terkesan kata-kata pengulas ketika perlawanan ditayangkan.

Ya, tugas pengulas bukannya mudah dan tidak banyak pengulas yang boleh membuatkan satu perlawanan yang menarik jadi menarik dengan ulasannya.

Namun bukan untuk pengulas sukan dari stesen Metro TV Indonesia yang pasti akan membuatkan penonton bola sepak terhibur dan terkesan dengan caranya mengulas.

Hadi Gunawan memangnya cukup pandai dalam penggunaan kata-kata yang menaikkan semangat penonton dan tidak kurang membuatkan orang yang mendengar tertawa.

Rakaman perlawanan skuad B-19 ketika aksi kelayakan AFC menentang Vietnam ulasan Hadi disunting bagi menunjukkan kehebatan ulasan beliau yang cukup hebat.

loading...

HomePrivacy PolicyDMCA PolicyContact